Sukatan Pembelajaran yang Menyeluruh

Dari Segala Aspek Pembelajaran Teori dan Praktikal

AQC komited untuk menyediakan sukatan pembelajaran yang seimbang, mencakupi aspek teori, praktikal, dan amalan seharian. Berikut adalah komponen utama dalam program kami:

Bacaan Al-Quran

Fokus kepada pembacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul, bimbingan secara individu, dan sesi ulang kaji berstruktur untuk memastikan setiap pelajar dapat membaca Al-Quran dengan lancar.

Sirah

Mengenalkan sejarah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat melalui cerita yang menarik dan mudah difahami. Pelajar akan belajar tentang perjuangan dan pengajaran moral dari sirah Rasulullah.

Adab

Menanamkan nilai-nilai adab dan akhlak mulia melalui amalan harian. Kami mengajar pelajar untuk menghormati guru, ibu bapa, rakan sebaya, dan menjaga hubungan dengan Allah SWT.
 

VISI

Melahirkan pelajar muslim yang mantap aqidah dan peribadinya menghayati tanggungjawab sebagai hamba Allah serta mampu berdikari
dan bermanfaat kepada orang lain.

 

MISI

  • AQC menyediakan persekitaran dan guru-guru yang soleh
  • Membangunkan potensi pelajar melalui penghayatan sebagai hamba Allah
  • Memastikan setiap pelajar terdidik dan tergilap potensinya berdasarkan keunikan dan kecenderungan mereka, tidak fokus hanya kepada aspek akademik
  • Objektif AQC adalah membangunkan pimpinan muslim masa hadapan
 

Waktu Pembelajaran/Kelas KAFA

  • Tahap 1 (darjah 1-3) : 08.15 – 11.15 pagi
  • Tahap 2 (darjah 4-6) : 02.15 – 05.15 petang
 

Jawi

Latihan membaca dan menulis Jawi secara berperingkat, membantu pelajar menguasai kemahiran ini untuk kegunaan akademik dan ibadah.

Bahasa Arab

Pengenalan kepada bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran, termasuk asas perbendaharaan kata, tatabahasa mudah, dan penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Hafazan Al-Quran

Sesi hafazan yang disusun dengan teknik memudahkan pelajar menghafal surah-surah pilihan. Pemantauan dilakukan secara berkala untuk memastikan konsistensi dan penguasaan hafazan.

 





 
 
Shape

Kenapa AQC
menjadi pilihan Ibu Bapa?

AQC adalah sebuah institusi Pendidikan Islam Swasta (Private Islamic Education) yang berdaftar dengan Jabatan-jabatan Agama Islam, telah beroperasi selama lebih 2 tahun. Kami menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi untuk anak-anak berumur 7 hingga 15 tahun, menggunakan silibus yang diiktiraf, termasuk Kelas Mengaji & Hafazan, Bahasa Arab, Jawi, Aqidah, Ibadah, Akhlak, Sirah, dan Fardhu Ain.

Dengan tenaga pengajar yang berkelayakan dari institusi ternama seperti Universiti Timur Tengah, Universiti Awam Malaysia, dan Darul Quran JAKIM, Hatimurni memastikan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Kami juga menawarkan kelas online yang fleksibel, melayani pelajar dari seluruh Malaysia serta luar negara seperti United Kingdom, Qatar, dan Australia.

AQC kini mempunyai lebih daripada 100 pelajar Kami komited untuk terus berkembang dan menyambut lebih ramai pelajar baru pada tahun-tahun mendatang, termasuk melalui kelas pengajian agama secara online yang semakin diperkukuhkan.